Peringkat Strategis ( Pemikir strategik )
💥Pada peringkat ini (DG13)💥
- Guru yang mempunyai kepakaran luas dan menjadi rujukan peringkat kebangsaan/antarabangsa.
- Aktif dalam pembentukan dasar pendidikan, penulisan akademik, atau program latihan guru.
- Contoh: Guru Cemerlang DG54 dan ke atas.
💥Plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya💥
pada peringkat Strategis
Dalam peringkat ini, saya telah berjaya meluluskan permohonan saya sebagai guru besar dan telah berjaya menjadi seorang guru besar di SJK(C).Saya akan mengatur pelbagai kursus dan bengkel untuk guru-guru sekolah bagi meningkatkan kualiti guru. Saya juga akan menggalakkan pengajaran yang inovatif dan bersesuaian dengan gaya pengajaran PAK-21 dalam sekolah. Peranan saya sebagai guru besar mencerminkan Standard 1 (kepemimpinan) SKPMg2 dengan menjadi peminpin sebuah sekolah.
🔍Program yang akan disertai:
- Advance Leadership Management Programme Executive Enhancement Course
- Kursus EPSA:
- Creative Thinking and Problem Solving
- Introduction to Futures Thinking and Scenario Planning (FTSP)
- Leadership (Elementary)
- Leadership (Intermediate) Version 2
Gambar: kursus creatif thinking and problem solving
👦:"Saya akan terus menyertai kursus-kursus untuk meningkatkan kepimpinan saya sebagai seorang guru besar yang beramanah dan berprofesional. Selain itu, saya akan membangunkan Pelan Pembangunan Sekolah 5 Tahun berasaskan pengetahuan yang saya belajar dari kursus-kursus. Contohnya, melancarkan projek "Sekolah Pintar 2050" dengan integrasi e-book agar setiap murid tidak lagi membawa buku-buku teks yang begitu berat ke sekolah untuk belajar. Rancangan ini adalah berasaskan SGM2.0 standard 6: membentuk visi strategik sekolah dan mengurus perubahan secara holistik."

评论
发表评论