Peringkat Permulaan ( Pelaksana )
💥Pengenalan💥
- Pada peringkat permulaan, guru menyandang DG 9 yang memainkan peranan sebagai pelaksana dalam pelaksanaan dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.
- Guru perlu bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menjadi fasilitator pembelajaran murid.
💥Plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya💥
pada peringkat permulaan
📍Menjalankan kajian tindakan
- Mencari kaedah mengajar yang paling sesuai untuk murid-murid.
- SGM 2.0 menekankan nilai bertanggungjawab dan inovatif dengan mencari kaedah terbaik dan paling sesuai untuk murid.
- Dengan menjalankan kajian tindakan, saya dapat membuat refleksi terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dan memperbaiki kaedah mengajar saya.
- Refleksi kendiri melalui kajian tindakan menunjukkan komitmen terhadap peningkatan berterusan dan akauntabiliti sebagai guru.
- Kaedah baharu hasil kajian tindakan selari dengan tuntutan SGM 2.0 untuk pengajaran berpusatkan murid dan pembezaan instruksional.
📍Menyertai bengkel-bengkel seperti bengkel penggunaan Scratch, bengkel penggunaan canva
- untuk meningkatkan ilmu tentang teknologi saya supaya dapat menggunakan aplikasi-aplikasi yang menarik untuk meningkatkan kualiti pengajaran saya pada masa akan datang.
- Penyertaan bengkel teknologi (Scratch, Canva) meningkatkan pengetahuan saya tentang alat digital lalu saya dapat memenuhi keperluan SGM 2.0 dalam penguasaan Teknologi Pendidikan.
- Penyertaan bengkel menunjukkan sikap pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) saya sebagai seorang guru.
📍Berusaha untuk mencapai syarat-syarat memohon guru cemerlang DG10 dan cuba untuk memohon menjadi seorang guru cemerlang DG10.
- Untuk memenuhi syarat menjadi seorang guru cemerlang, saya perlu menunjukkan etika profesional yang tinggi dan menjadi role model dalam profesion perguruan.
- Contohnya, kajian tindakan dan penyertaan dalam bengkel profesional telah menunjukkan komitmen saya terhadap peningkatan berterusan dan amalan refleksi kendiri membuktikan sikap bertanggungjawab dan inovatif seperti yang ditekankan dalam SGM 2.0.
Antara syarat menjadi guru cemerlang adalah seperti berikut:
- TELAH DI SAHKAN DALAM JAWATAN SEBAGAI GURU
- BERKHIDMAT SEKURANG-KURANGNYA 5 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN
- MENGAJAR MATA PELAJARAN YANG DIPOHON SEKURANG-KURANGNYA 3 TAHUN BERTURUT-TURUT
- PENILAIAN BERDASARKAN PERKHIDMATAN SEMASA DAN TIGA TAHUN TERDAHULU
- MENDAPAT PRESTASI YANG CEMERLANG DI DALAM LNPT (LAPORAN NILAI PRESTASI TAHUNAN) SEKURANG-KURANGNYA 90% KE ATAS TIGA TAHUN BERTURUT.
📍Menyertai aktiviti-aktiviti seperti program pembangunan guru baharu (PPGB) dan program transformasi minda (PTM)
Gambar: program pembangunan guru baharu (PPGB)
- Mampu membantu saya membentuk sikap profesional dan etika keguruan yang kukuh.
- Hal ini demikian supaya saya dapat membangunkan ketahanan mental dan kematangan profesional melalui PTM, meningkatkan kefahaman tentang Kurikulum Standard Sekolah Malaysia (KSSM) dan memperdalam pengetahuan tentang pendidikan abad ke-21 (PAK21)

评论
发表评论