Peringkat Kompeten ( Pembimbing dan mentor )

💥Pada peringkat ini (DG11)💥

  • Guru yang telah mencapai tahap kemahiran tinggi dalam PdP.
  • Mampu melaksanakan pengajaran kreatif dan inovatif.
  • Berperanan sebagai pembimbing guru junior atau fasilitator dalam program latihan.


💥Plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya💥 

pada peringkat Kompeten

Pada peringkat ini, saya akan berusaha untuk menuju ke arah menjadi seorang guru besar.

    Setelah menjadi penolong kanan kokurikulum selama 3 tahun, saya akan membuat persiapan untuk Jawatan Penolong Kanan HEM dan Pentadbiran:

📋Penolong Kanan HEM
    • Dokumen Wajib:
    • Rekod bimbingan murid
    • Program intervensi disiplin
    • Kerjasama dengan PIBG/agensi luar

📋Penolong Kanan Pentadbiran
    • Dokumen Wajib:
    • Pengalaman mengurus sistem seperti:
    • SPPBS
    • APDM
    • Sistem kewangan sekolah
    Saya akan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan membuat persiapan yang sempurna untuk memohon menjadi penolong kanan HEM dan juga penolong kanan pentadbiran. Setalah saya berjaya menjadi penolong kanan HEM (3 tahun) dan juga penolong kanan pentadbiran (3 tahun), saya akan mematuhi Standard 3 SKPMg2 dalam mengurus kurikulum dan hal ehwal murid secara berkesan sepanjang tempoh lantikan saya.

Pada peringkat ini, saya akan mulai mengadakan aktiviti seperti kursus dan bengkel untuk guru-guru baharu.

📈Aktiviti yang akan diadakan:
  • Bengkel penggunaan Scratch
  • Bengkel penggunaan Canva
  • Program pembangunan guru baharu (PPGB) 
  • Program transformasi minda (PTM)
  • Kursus PBS
  • Kursus KBAT
  • Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 
Saya akan menjadi penatar dan fasiltitator bagi aktiviti-aktiviti supaya guru-guru baharu dapat bantuan yang secukup. 

Jadual: Hasil aktiviti yang saya ingini

    Saya memainkan peranan sebagai penatar telah membuktikan kepimpinan instruksional (Standard 4.2) dan mengembangkan komuniti pembelajaran profesional (Standard 4.4). Selain itu, saya akan menjadi mentor guru baru telah mempamerkan kebolehfasilitasian (Standard 4.5) dan dapat membina jaringan kolaboratif (Standard 4.6).

Dalam peringkat ini, saya akan: 
👔Melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) 

Dalam bidang Pentadbiran Pendidikan. Pengajian PhD ini akan memberi impak positif kepada pembangunan profesionalisme keguruan dan sumbangan kepada dasar pendidikan negara. Rancangan ini mencerminkan saya berusaha untuk memperkukuh komitmen terhadap etika penyelidikan dan integriti akademik dan menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Saya akan berkongsi pengetahuan melalui penerbitan akademik.






评论

此博客中的热门博文

Apakah yang terkandung dalam blog ini?