Peringkat Beraspirasi ( Penggerak )

💥Pada peringkat ini (DG10)💥

  • Guru yang menunjukkan potensi untuk berkembang.
  • Mula menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih baik.
  • Aktif dalam program pembangunan staf (CPD) dan mula memikul tanggungjawab tambahan.

💥Plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya💥 

pada peringkat Beraspirasi

Aktiviti & komuniti yang akan disertai:
  • Kursus PBS
  • Kursus KBAT
  • Kursus EPSA seperti:
    • ALMP-Corporate Finance
    • ALMP-Crisis Management
    • Leadership and Organisational Management
  • Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 
  • Kursus pembangunan profesional.
  • Komuniti pembelajaran profesional (PLC)
👦:“Aktiviti yang akan saya sertai adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran, memperdalam kefahaman tentang pedagogi pengajaran abad ke-21 dan meningkatkan pengetahuan tentang dasar pendidikan terkini. Menurut Abdullah (2020), KBAT merupakan elemen penting dalam pendidikan abad ke-21 kerana ia membolehkan murid mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti, serta pemikiran kritis yang lebih mendalam. Dengan ilmu-ilmu yang diperoleh melalui aktiviti dan komuniti, saya akan melibatkan diri dalam penerbitan akademik berkaitan pendidikan. Hal ini demikian untuk membantu guru-guru yang baharu lebih memahami dasar pendidikan terkini. Aktiviti-aktiviti ini secara kolektif memenuhi semua domain SGM 2.0 dan telah menunjukkan perkembangan guru yang holistik.”


             
kursus LADAP                                          kursus KBAT




Setelah menjadi guru cemerlang, saya akan:

💼Dokumentasi untuk Kenaikan Pangkat
    • Semua penyertaan boleh dijadikan bukti untuk:
    • Laporan NKRA
    • Permohonan DG10 ke DG11
    • Penilaian prestasi tahunan

💼Menyesuaikan diri dengan budaya kerja sekolah.
    • Menjadi ketua panitia Mata Pelajaran Bahasa Cina
    • Menyertai aktiviti kokurikulum 
    • Menyertai program pembangunan murid di sekolah.
    • Menggunakan refleksi kendiri dan maklum balas untuk meningkatkan kaedah pengajaran.

💼Menyesuaikan diri dengan sistem pentadbiran. (Selepas 3 tahun)
    • Memohon untuk menjadi Penolong Kanan Kokurikulum
    • Menyediakan semua dokumen wajib seperti:
      • Rekod penyertaan aktiviti sukan/kelab
      • Laporan program mega (e.g., Merentas Desa)
      • Inovasi pengurusan kokurikulum
    • Mematuhi Standard 3 SKPMg2 dalam mengurus kokurikulum secara berkesan.
👦:“Saya akan membuat persediaan diri untuk meningkatkan diri agar menjadi seorang pentadbir dalam sekolah. Aspirasi Penolong Kanan menunjukkan kesediaan memikul tanggungjawab kepimpinan, penyertaan PLC membuktikan komitmen terhadap pembelajaran kolaboratif dan kepimpinan panitia menunjukkan kemampuan memacu perubahan positif. Aktiviti kokurikulum dapat mengembangkan kemahiran pengurusan saya terhadap pelbagai disiplin.”

 Akhirnya, dalam peringkat beraspirasi ini, saya merancang untuk meningkatkan akademik dengan: 
Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.💪
Rancangan ini mencerminkan nilai continuous improvement dalam SGM 2.0 dan menunjukkan keteladanan sebagai pendidik kepada murid-murid salanjut meningkatkan minat murid-murid untuk berusaha belajar. Pemahaman tentang dasar pendidikan saya akan lebih mendalam kerana kajian sarjana saya akan fokus pada pelaksanaan dasar seperti MBMMBI, STEM dan sebagainya.











评论

此博客中的热门博文

Apakah yang terkandung dalam blog ini?