Apakah yang terkandung dalam blog ini?

Blog ini akan memperkenalkan plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya. 

💪 Dalam blog ini, plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya akan diperkenalkan berasaskan  Enam Peringkat Perkembangan Guru (KPM) dan Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM2.0)

👉Enam Peringkat Perkembangan Guru (KPM):

  • Peringkat Permulaan (Pelaksana
  • Peringkat Beraspirasi (Penggerak)
  • Peringkat Kompeten (Pembimbing dan mentor)
  • Peringkat Profisien (Peneraju perubahan)
  • Peringkat Strategis (Pemikir strategik
  • Peringkat Berwawasan (Pemikir holistik)

👉Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM2.0):

  • Kualiti Peribadi
  • Orientasi Ilmu 
  • Instruksional
  • Pelibatan Komuniti 
Gambar: kerangka SGM 2.0

    Sebagai seorang guru yang berprofesional, kita perlu merancang masa bakal kita dengan mereka plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya supaya kita tidak keliru dan sentiasa relevan, berkemahiran tinggi, dan mampu memberikan yang terbaik kepada pelajar dan sistem pendidikan. 

    Selain itu, Plan Pembangunan profeional kendiri dan kerjaya sangat penting terhadap setiap guru. Plan ini dapat membantu guru untuk mengingati diri supaya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sama ada dengan mengikuti kursus, bengkel, atau latihan. Guru dapat menguasai kaedah pengajaran terkini dan teknologi pendidikan yang semakin berkembang dengan menyertai pelbagai bengkel dan juga kursus.

    Akhirnya, Plan Pembangunan profeional kendiri dan kerjaya dapat membantu guru untuk merancang laluan kerjaya mereka dengan lebih teratur, sama ada dalam bidang pengajaran, pentadbiran, atau kepimpinan pendidikan. Ini membolehkan guru mencapai matlamat kerjaya mereka seperti menjadi guru cemerlang, pengetua, atau pakar dalam bidang tertentu. Apabila guru melihat perkembangan dalam kerjaya mereka, ia akan meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja.Ini seterusnya akan meningkatkan komitmen mereka terhadap profesion keguruan.

评论

此博客中的热门博文

Apakah yang terkandung dalam blog ini?